KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
Kesihatan Terjejas
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan
manusia adalah manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi
akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia
memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Sekirannya udara yang dihidu
telah tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke
dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada
oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah
mengalami masalah.
Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini
disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan
gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada
masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil
seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke
udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan membentuk asid
sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid yang terkumpul dan menjadi semakin
pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di
dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan
dan batu akan mudah terakis dan rapuh, warna bangunan, kereta akan menjadi
pudar, dan cepat berkarat.
Jerebu
Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud
secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap
kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada
pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan
jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak,
bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya
matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat
pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang sangat merisaukan pada
satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi
juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada
jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak
nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit
badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Suhu Meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi
punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk
di udara.
Gas karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan haba di
bumi terperangkap dan menyebabkan suhu bumi meningkat sekaligus suhu
persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir sering berlaku.
Air Tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan
mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang
tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan
penyakit seperti, sakit kepala, kabur penglihatan dan sebagainya.
Pencemaran air akan memberi kesan bukan sahaja akan
dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan
kepada manusia ialah kesihatan mereka sendiri akan terjejas. Antara kesan yang
dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu
pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan
penyakit akibat penggunaan sumber air tersebut.
Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diurus
dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja. Kehadiran lalat, ulat, tikus dan
sebagainya akan menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau busuk yang kurang
menyenangkan. Bau kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila
petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan,
kilang kelapa sawit dan kilang getah.
Posted By :
REANLEND MIUN
07DTP14F1007