Friday 29 August 2014



DEFINISI ALAM SEKITAR

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” bermaksud merujuk kepada apa-apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait rapat dengan iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang menekankan sesuatu terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.






Posted By:
NOORAZIAN BINTI RAIMIN
07DTP14F1008

Friday 15 August 2014

KESIMPULAN


Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan  dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat bagi mengurangkan berlakunya masalah yang akan membahayakan nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama, kita hendaklah sama berusaha keras untuk membangunkan satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

Posted By :
NOORAZIAN BINTI RAIMIN
07DTP14F1008
PUNCA KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR

Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  bagi mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekitar dan  dari  aspek  yang  selalu  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  banyak  punca  telah  dapat  dikenalpasti  yang  mendorong  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

Sikap  Individu  Dan  Organisasi  Yang  Tidak Bertanggungjawab

Hal  ini  jelas  kerana  ketidak adaan  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  mempedulikan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  difikirkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  tentu  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  bagi  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka, kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  tindakan  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara. 
          
Pembangunan  Secara  Tidak  Sistematik

Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merangka  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  berlaku terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

Penggunaan  Kenderaan  Bermotor 

Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar.

Pembakaran  Secara  Terbuka

Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  berfaedah  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  kian meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas

            Kesimpulannya,  punca-punca  pencemaran  yang  telah  dikenal  pasti  ini  harus  diambil langkah  serius  oleh  semua  pihak  dan  organisasi  untuk  mengurangkan  masalah  pencemaran alam  sekitar  baik  daripada  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi.  Ia  penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna  untuk  generasi  akan  datang  yang  lebih  baik  dan  sihat  serta  bebas  dari  pencemaran  alam  sekitar. 

Posted By :
SAZRIZAN BIN MOHD BILL

07DTP14F1013    
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula


Pemghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya, masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yg boleh ditanam, pain, batai dan sesenduk. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan kaedah ini dengan lebih efisien. Antara penghutanan semula yang sudah dijalankan ialah Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan Baja Organik

Masyarakat sekarang  terutamanya petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli. Baja asli adalah daripada najis haiwan bagi menggantikan penggunaan baja kimia yang sering digunakan oleh petani moden. Baja organik yang digunakan ini mampu membantu kesuburan tanah terus berkekalan dan juga mapu dipulihkan berbanding baja kimia yang mendorong kepada peningkatan keasidan tanah. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano yang terdiri daripada najis burung dan kelawar sebagai baja.



Kaedah Biologi

Kita sepatutnya mengelakkan penggunaan racun perosak atau racun rumpai. Oleh itu, sebagai peladang yang bertanggungjawab kepada alam sekitar haruslah menggunakan kaedah biologi ini. Walaupun kaedah ini agak ketinggalan zaman, namun ia sangat berkesan bgi memulihara semula alam sekitar kita yang mungkin sudah rosak akibat kandungan CFC (ChoroFluoroCarbon). Kaedah biologi ini diaplikasi melalui proses rantaian makanan haiwan. Contohnya, burung hantu makan serangga perosak atau ular makan tikus.



Pertanian Tetap

Petani tradisional digalakkan oleh kerajaan agar mengamalkan pertanian tetap. Langkah ini dijalankan bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar serta hakisan tanih seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan.



Kaedah Perundangan

Kaedah ini bermaksud akta perundangan yang digubal dan dikuatkuasakan bagi melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar. Antaranya ialah, Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) yg digubal bagi mengawal perkara2 yang boleh membawa pada berlakunya kemusnahan alam sekitar. Akta ini juga perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Daripada akta ini, kita dapat melihat bahawa peruntukan akta ini meliputi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran udara.

Posted By:
IZZUDDIN FAHMI BIN HADRAWI
07DTP14F1001


KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR


Kesihatan Terjejas


Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia adalah manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia  memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Sekirannya udara yang dihidu telah tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
Hujan Asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan  bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan  membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid yang terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan dan batu akan mudah terakis dan rapuh, warna bangunan, kereta akan menjadi pudar, dan cepat berkarat.
Jerebu

Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada  pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang sangat merisaukan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.

Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Suhu Meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk di  udara.

Gas karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan haba di bumi terperangkap dan menyebabkan suhu bumi meningkat sekaligus suhu persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir  sering berlaku.


Air Tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan penyakit seperti, sakit kepala, kabur penglihatan dan sebagainya.

Pencemaran air akan memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia ialah kesihatan mereka sendiri akan terjejas. Antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan penyakit akibat penggunaan sumber air tersebut.
Bau Busuk

Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diurus dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja. Kehadiran lalat, ulat, tikus dan sebagainya akan menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Bau kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

Posted By :
REANLEND MIUN
07DTP14F1007


Sunday 10 August 2014

Kepentingan Alam Sekitar

Kepentingan alam sekitar kepada dunia malahan yang lebih penting kepada manusia kerana ianya melibatkan ribuan nyawa manusia. Kebersihan alam sekitar amat penting kerana alam sekitar di negara kita semakin tercemar dan membahayakan manusia dan haiwan-haiwan d hutan yang semakin pupus.Pada pandangan saya, soal alam sekitar tidak boleh dipandang rendah kerana terdapat banyak kepentingan alam sekitar untuk manusia serta flora dan fauna d dunia ini,   


Antara kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ialah alam sekitar akan sentiasa menjadi bersih. Apabila kita bersatu-padu menjaga alam sekitar sehingga bersih ianya akan membolehkan kita semua menikmati keindahan alam sekitar yang sebenarnya. Selain itu, apabila alam sekitar menjadi bersih kita akan menghirup udara yang segar.Oleh itu, kita janganlah menebang pokok yang memberi kita udara yang segar udara yang sihat kerana mengandungi oksigen yang tinggi . Pokok-pokok telah membekalkan udara yang segar malahan akan mengelakkan berlakunya banjir kerana akar pokok berfungsi mengukuhkan tanah .  

Seterusnya, alam sekitar yang bersih juga akan dapat memberi kita kehidupan yang sihat dan tenteram. Hal ini kerana, alam sekitar yang kotor semestinya akan mendatangkn bahaya pada kita dan juga flora dan fauna. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada kesihatan kita serta akan menggangu urusan kehidupan seharian kita. Jika kebersihan alam sekitar terjamin, manusia akan hidup dengan lebih selesa dan gembira. Jika alam sekitar kita kotor, sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana menhirup udara yang kotor serta mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia yang menghidap penyakit asthma,sakit jantung dan sebagainya. Udara yang kotor ini disebabkan kilang, asap kenderaan, dan banyak lagi. Kebersihan alam sekitar dapat dikekalkan jika semua pihak dapat berkerjasama menanganinya
Ini adalah contoh keindahan flora dan fauna jika alam sekitar terjaga.

Pembakaran hutan seperti di atas akan menyebabkan pencemaran udara yang membahayakan banyak pihak.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar agar kehiduapan kita selesa dan bahagia. Semua pihak hendaklah tahu alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Harapan saya terhadap semua pihak ialah marilah kita semua menjaga kebersihan alam daripada tercemar agar semua rakyat Malaysia dan di seluruh negara sihat sentiasa dan dapat melakukan kerja seharian tanpa sebarang masalah. 
 
Posted by : Andi Ummu Syafiqah Wadi'ah Rijal
                  07DTP14F1OO3

Thursday 7 August 2014

KEPRIHATINAN MALAYSIA KE ARAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN

Pendidikan dikenali sebagai sebuah pelaburan kerana sistem pendidikan merupakan satu proses yang berterusan untuk melatih tenaga manusia yang bertujuan pembangunan. Sesuatu proses pembelajaran yang berjaya mampu melahirkan individu dan masyarakat yang peka, intelek, aktif, memahami serta mampu mengenal pasti sesuatu perkara sama ada baik mahupun buruk. Pendidikan merupakan penyumbang perubahan yang sangat berpengaruh dalam masyarakat/kehidupan kerana mampu membawa perubahan kepada masyarakat daripada mundur dan terkebelakang kepada sebuah masyarakat yang maju dan bertamadun. Melalui pendidikan juga, terutamanya pendidikan tentang alam sekitar akan dapat melahirkan masyarakat yang mampu memahami hubungan antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Kemampuan memahami interaksi ini adalah sangat penting kerana kedua-dua persekitaran adalah saling bergantung. ini kerana sebarang gangguan yang berlebihan terhadap persekitaran fizikal akan memberi pengaruh terhadap persekitaran manusia.


Posted By: 
NOORAZIAN BINTI RAIMIN
07DTP14F1008