Friday 15 August 2014

LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula


Pemghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya, masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yg boleh ditanam, pain, batai dan sesenduk. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan kaedah ini dengan lebih efisien. Antara penghutanan semula yang sudah dijalankan ialah Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan Baja Organik

Masyarakat sekarang  terutamanya petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli. Baja asli adalah daripada najis haiwan bagi menggantikan penggunaan baja kimia yang sering digunakan oleh petani moden. Baja organik yang digunakan ini mampu membantu kesuburan tanah terus berkekalan dan juga mapu dipulihkan berbanding baja kimia yang mendorong kepada peningkatan keasidan tanah. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano yang terdiri daripada najis burung dan kelawar sebagai baja.



Kaedah Biologi

Kita sepatutnya mengelakkan penggunaan racun perosak atau racun rumpai. Oleh itu, sebagai peladang yang bertanggungjawab kepada alam sekitar haruslah menggunakan kaedah biologi ini. Walaupun kaedah ini agak ketinggalan zaman, namun ia sangat berkesan bgi memulihara semula alam sekitar kita yang mungkin sudah rosak akibat kandungan CFC (ChoroFluoroCarbon). Kaedah biologi ini diaplikasi melalui proses rantaian makanan haiwan. Contohnya, burung hantu makan serangga perosak atau ular makan tikus.



Pertanian Tetap

Petani tradisional digalakkan oleh kerajaan agar mengamalkan pertanian tetap. Langkah ini dijalankan bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar serta hakisan tanih seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan.



Kaedah Perundangan

Kaedah ini bermaksud akta perundangan yang digubal dan dikuatkuasakan bagi melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar. Antaranya ialah, Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) yg digubal bagi mengawal perkara2 yang boleh membawa pada berlakunya kemusnahan alam sekitar. Akta ini juga perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Daripada akta ini, kita dapat melihat bahawa peruntukan akta ini meliputi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran udara.

Posted By:
IZZUDDIN FAHMI BIN HADRAWI
07DTP14F1001

No comments:

Post a Comment